Belum diperkenalkan lagi dengan cara- cara berjalannya sistem homeroom ini . Ape maksud homeroom ? Fungsi- fungsi homeroom ? Siape yang dah tinggal di MRSM , semestinye tahu mengenai homeroom ini . Jadi , pada ruangan entry kali ini , kami semua akan menge'post'kan mengenai PENGENALAN MENGENAI SISTEM HOMEROOM.. ( Nak tak nak kene bace and ambil tahu jugak , .. :) Gurau jerr )
HOMEROOM
Satu program bimbingan dimana pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang sebaya dan menjalani kehidupan bersama dalam suasana bersaudara. Homeroom ini dibimbing oleh seorang guru penasihat sebagai ibu bapa angkat. Setiap homeroom mempunyai tidak lebih 13 orang pelajar terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan
Tujuan Perlaksanaan Program:
Mengesan dan menolong pelajar yang menghadapi masalah emosi.
menggalakan pelajar merancang dan melaksanakan sendiri aktiviti mereka.
memupuk persefahaman dan perpaduan dikalangan pelajar.
menanam perasaan bertanggungjawab dan kasih kepada MRSM.
mewujudkan hubungan mesra antara guru dan pelajar.
mempelajari dan memahami nilai-nilai masyarakat.
meninggikan kesedaran sivik dan perasaan kewarganegaraan Malaysia.
Objektif
Pada jangka masa tertentu pelajar sepatutnya dapat menguasai kebolehan berikut:
melahirkan fikiran dan pendapat secara spontan dan bebas.
menggunakan dua atau lebih bahasa dalam percakapan atau perbincangan.menentukan aktiviti yang harus dibuat mengikut keutamaandan juga mengetahui kepentingan menepati masa.
memberi cadangan dan melaksanakannya dengan semangat dan azam yang kuat.
Fungsi:
sebagai satu unit keluarga.
mengesan dan menyelesaikan masalah.
membentuk sikap.
menyelur dan mengembangkan minat.
badan kebajikan.
alat perpaduan.
agen masyarakat
Sekian , Wassalam
No comments:
Post a Comment