Pada tarikh 10 Januari 2011 , kami semua telah mendaftarkan diri untuk menjadi pelajar di MRSM Gemencheh , Negeri Sembilan . Pada masa itulah kami bersua muka di dalam sebuah kelas bagi sesi pengenalan diri dan ibu bapa . Seterusnya , pada hari itu kami berpeluang makan bersama guru homeroom di dewan selera . Menu makanan pada hari itu ialah nasi tomato :) Sedapp :)
Terdapat 1 minggu diperuntukkan untuk sesi menyesuaikan diri dipanggil MISRA atau nama panjangnya Minggu Silaturrahim . Terdapat banyak aktiviti yang kami lakukan pada minggu itu , dan aktiviti bersama homeroom adalah yang paling kerap . MISRA adalah satu program untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kami .
Selepas menjalani selama seminggu untuk sesi menyesuaikan diri , kami telah menjalani program KAT 1 . KAT 1 atau nama panjangnya , Kemahiran Asas Tingkatan 1 merupakan program yang akan mengajar murid- murid tingkatan 1 tentang asas- asas atau basic- basic sebelum mempelajari pelajaran yang sebenar . Antara pelajaran yang diajar ialah Mind Mapping , Brain GYM , KKB , KAS , KAI , Pengucapan Awam atau Public Speaking , KAM , ECS dan pelbagai lagi .
Setelah itu , kami menjalani pembelajaran seperti biasa . Namun bagaimanapun , perjumpaan homeroom tetap berjalan seperti biasa dan diadakan 2 kali dalam sebulan . Ahli homeroom kami banyak menyertai pertandingan- pertandingan seperti silat , catur dan pelbagai lagi . Kami berasa gembira dengan pencapaian homeroom kami setakat ini dan berazam untuk meningkatkan lagi pencapaian kami pada masa akan datang .
Wassalam :))
No comments:
Post a Comment